Sunday 15 April 2018

PILIHAN DALAM KEHIDUPAN

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN KITA SELAGI MANA KITA TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA.

Assalamualaikum..

kali nie sy terfikir untuk menulis tentang pilihan. sejak masuk dan berjinak2 dengan dunia keusahawanan nie lain mcm semangat nk menulisnya..hihi 

Dalam menjalani kehidupan, kita sebenarnya dihadapkan dengan pelbagai pilihan dan dengan pilihan yg kita buat menentukan tindakan untuk kita capai apa yg kita pilih. 

Dan semestinya kita  berhak pilih kehidupan yg mcm mana kita nak. Mcm sy, sy pilih untuk jadi kaya dan banyak duit. Sy nak hidup sebagai seorang yg kaya dan bebas. Sy nk ada duit byk, ada hartanah byk, nk ada saham dan sy nk ada pasif income yg byk. 

Jadi utk ke arah itu sy perlu bekerja dan berusaha keras untuk capai sebuah kehidupan yg sy idamkan. Menjalani kehidupan seperti org biasa sgt menyakitkan sbb sy perlu berkira2 untuk belanja, bagi duit kt mak ayah kt adik beradik. Kdg2 sampai berkira2 sekiranya ada adik beradik yg nk pinjam duit. 

Dengan kerja sy sekarang bukan  xboleh hidup..mmg boleh hidup tp sangat memenatkan bila kita terpaksa menjalani rutin yg sama hari2. 

Sy nk ibubapa, adik beradik sy senang dan mewah. Sy nk jejalan, shopping, travel dgn famili. mcm sy tgk life org2 kaya. dan sy juga nk semua tu. 

Pilihan sy adalah hidup kaya dan mewah. Sy yakin semua itu tidak mustahil kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemberi. Mohon sungguh2 pada Allah hanya Dia yg berkuasa. Sy akan berusaha keras utk capai kehidupan yg sy idamkan. Sy nk jadi INSAN LUAR BIASA yg KAYA RAYA.

Disebabkan itu sy cabar diri masuk dunia perniagaan sbb hanya dgn perniagaan kita boleh jadi kaya. Dan sangat penting untuk sy jaga MINDSET sy spya sy tidak sabotaj diri sendiri untuk capai yg lebih besar. 

Cabaran yg paling besar adalah cabaran dalam diri kita sendiri dan kita tidak perlu dengar kata2 negatif dari pihak lain sbb mereka tidak ada kuasa untuk hapuskan IMPIAN BESAR kita. Bangkitlah walau berkali-kali jatuh tersungkur.

5 Tahun ak bagi peluang pd diri untuk capai KEBEBASAN WANG DAN MASA.
Semoga Aku Berjaya.. AMIN44x 
JOM BERUSAHA KE ARAH YANG LEBIH LUAR BIASA...

coretan,
CikguSya


No comments:

Post a Comment